Sabtu, 18 Julai 2020

MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN PBD MURD-MURID TAHAP SATU

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa majlis penyerahan pelaporan Pentaksairan Bilik Darjah (PBD) murid-murid Tahap Satu akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-

  • Murid-murid Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga
  • 21 Julai 2020
  • hari Selasa
  • mulai 9:30 pagi di kelas anak tuan puan.
Sehubungan itu, semua ibu bapa atau waris murid-murid Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga adalah dijemput untuk hadir ke sekolah dan berjumpa dengan guru kelas anak tuan puan untuk mengambil pelaporan PBD tersebut. Sesi perbincangan mengenai prestasi anak tuan puan juga boleh diadakan dengan guru-guru yang mengajar anak-anak tuan puan.

Pelaporan PBD menggunapakai skema pentaksiran Tahap Pencapaian 1 hingga 6 (TP1 - TP6). PBD tidak lagi menggunakan sistem penggredan markah A hingga E. Penggredan Tahap Pencapaian tidak boleh disamakan dengan sistem penggredan markah tradisional. Sebagai contoh, TP1 tidak sama dengan gred E

PBD menggunakan pentaksiran menyeluruh dari pelbagai aspek perkembangan emosi, akedemik, sosiologi, empati serta taakulan.

Sekian. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan