Sabtu, 4 Mei 2019

TAKLIMAT PELAKSANAAN PBD 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat pentaksiran bilik darjah (PBD) akan diadakan kepada semua ibu bapa serta waris mruid-murid Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tahun Tiga) akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin
  • 6 Mei 2019
  • Dewan Mutiara, SKBTM
  • 9:00 pagi
Sehubungan dengan itu, semua waris murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Tiga adalah dimohon untuk hadir ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat pelaksanaan yang akan disampaikan Penolong Kanan Pentadbiran. Para ibu bapa dan waris boleh bersoal jawab mengenai mod, jangkamasa pentaksiran serta elemen-elemen berkaitan PBD dengan pihak pentabdir sekolah. Kerjasama ibubapa dan waris amat diharapkan.

Sekian. harap maklum,

Ahad, 28 April 2019

PBD TAHAP SATU

Salam sejehtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memakkumkan bahawa KPM telah melaksanakan sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi murid-murid Tahap Satu. Tahap Satu ialah murid-murid yang berada di Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga.

Sistem PBD ini merupakan pentaksiran secara berterusan mengikut topik dan kemahiran yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM.

Melalui sistem ini, murid-murid ditaksir kebolehan mereka melaksana tugasan bersesuaian dengan kemahiran yang dipelajari. Murid-murid diberikan enam tahap penguasaan (TP) iaitu TP 1 - TP 6. Pentaksiran dilaksanakan berterusan sepanjang tahun. Pelaporan dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan bulan September.

Sekian. Harap maklum.