Ahad, 26 Januari 2020

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BAGI MURID-MURID TAHUN SATU HINGGA TAHUN EMPAT 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Mulai Januari 2020 semua murid di Tahun Satu hingga Tahun Empat akan didedahkan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran ini menggantikan pentaksiran bertulis secara formal dalam bentuk ujian bulanan atau peperiksaan penggal.

Melalui sistem pentaksiran baharu ini, semua murid akan dinilai secara berterusan menerusi pelbagai kaedah semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah. Murid-murid ditaksir dari pelbagai sudut perkembangan murid-murid seperti kognitif, psikomotor, sahsiah, emosi dan sosiologi.

Pencapaian murid-murid dinilai dari segi penguasaan sesuatu kemahiran melalui beberapa set latihan bertulis, tugasan, perbualan serta kerja berkumpulan. Penggredan skor pencapaian murid dinyatakan sebagai Tahap Penguasaan (TP). Setiap kemahiran penbelajaran dinilai dari TP1 hingga TP6. Semua murid dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya TP3 dalam setahun pentaksiran.

Selina. harap maklum.