Sabtu, 18 Julai 2020

MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN PBD MURD-MURID TAHAP SATU

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa majlis penyerahan pelaporan Pentaksairan Bilik Darjah (PBD) murid-murid Tahap Satu akan diadakan seperti yang di catatkan di bawah:-

  • Murid-murid Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga
  • 21 Julai 2020
  • hari Selasa
  • mulai 9:30 pagi di kelas anak tuan puan.
Sehubungan itu, semua ibu bapa atau waris murid-murid Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga adalah dijemput untuk hadir ke sekolah dan berjumpa dengan guru kelas anak tuan puan untuk mengambil pelaporan PBD tersebut. Sesi perbincangan mengenai prestasi anak tuan puan juga boleh diadakan dengan guru-guru yang mengajar anak-anak tuan puan.

Pelaporan PBD menggunapakai skema pentaksiran Tahap Pencapaian 1 hingga 6 (TP1 - TP6). PBD tidak lagi menggunakan sistem penggredan markah A hingga E. Penggredan Tahap Pencapaian tidak boleh disamakan dengan sistem penggredan markah tradisional. Sebagai contoh, TP1 tidak sama dengan gred E

PBD menggunakan pentaksiran menyeluruh dari pelbagai aspek perkembangan emosi, akedemik, sosiologi, empati serta taakulan.

Sekian. Terima kasih.

Rabu, 26 Februari 2020

UJIAN KEMAJUAN SATU 2020

Salam sejahera dan salam Sinergi,

Adalah dimaklumkan bahawa ujian kemajuan satu (UK1) akan dijalankan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Khamis
  • 9 Mac 2020 hingga 12 Mac 2020
  • Semua murid Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam
  • Subjek wajib - Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
  • Subjek elektif - Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Justeru itu semua murid di Tahap Dua adalah dinasihatkan supaya mengulangkaji mata pelajaran-mata pelajaran yang dinyatakan di atas sebagai persediaan menghadapi ujian.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 26 Januari 2020

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BAGI MURID-MURID TAHUN SATU HINGGA TAHUN EMPAT 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Mulai Januari 2020 semua murid di Tahun Satu hingga Tahun Empat akan didedahkan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran ini menggantikan pentaksiran bertulis secara formal dalam bentuk ujian bulanan atau peperiksaan penggal.

Melalui sistem pentaksiran baharu ini, semua murid akan dinilai secara berterusan menerusi pelbagai kaedah semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah. Murid-murid ditaksir dari pelbagai sudut perkembangan murid-murid seperti kognitif, psikomotor, sahsiah, emosi dan sosiologi.

Pencapaian murid-murid dinilai dari segi penguasaan sesuatu kemahiran melalui beberapa set latihan bertulis, tugasan, perbualan serta kerja berkumpulan. Penggredan skor pencapaian murid dinyatakan sebagai Tahap Penguasaan (TP). Setiap kemahiran penbelajaran dinilai dari TP1 hingga TP6. Semua murid dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya TP3 dalam setahun pentaksiran.

Selina. harap maklum.

Sabtu, 4 Mei 2019

TAKLIMAT PELAKSANAAN PBD 2019

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat pentaksiran bilik darjah (PBD) akan diadakan kepada semua ibu bapa serta waris mruid-murid Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tahun Tiga) akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin
  • 6 Mei 2019
  • Dewan Mutiara, SKBTM
  • 9:00 pagi
Sehubungan dengan itu, semua waris murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Tiga adalah dimohon untuk hadir ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat pelaksanaan yang akan disampaikan Penolong Kanan Pentadbiran. Para ibu bapa dan waris boleh bersoal jawab mengenai mod, jangkamasa pentaksiran serta elemen-elemen berkaitan PBD dengan pihak pentabdir sekolah. Kerjasama ibubapa dan waris amat diharapkan.

Sekian. harap maklum,

Ahad, 28 April 2019

PBD TAHAP SATU

Salam sejehtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memakkumkan bahawa KPM telah melaksanakan sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi murid-murid Tahap Satu. Tahap Satu ialah murid-murid yang berada di Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga.

Sistem PBD ini merupakan pentaksiran secara berterusan mengikut topik dan kemahiran yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM.

Melalui sistem ini, murid-murid ditaksir kebolehan mereka melaksana tugasan bersesuaian dengan kemahiran yang dipelajari. Murid-murid diberikan enam tahap penguasaan (TP) iaitu TP 1 - TP 6. Pentaksiran dilaksanakan berterusan sepanjang tahun. Pelaporan dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan bulan September.

Sekian. Harap maklum.

Khamis, 8 Februari 2018

UJIAN KEMAJUAN SATU

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahasa ujian kemajuan satu (UK1) bagi murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Lima telah dijadualkan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • 5 - 8 Mac 2018
  • Semua mata pelajaran teras termasuk Pendidikan Islam, Pendidikan Moral
Sehubungan dengan itu semua murid adalah dinasihatkan supaya membuat persediaan awal bagi menghadapi ujian kemajuan ini dengan membuat ulangkaji mata pelajaran yang dinyatakan di atas.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 9 Oktober 2017

PKSR DUA 2017

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Dua akan dijalankan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin hingga hari Jumaat
  • 23 Oktober hingga 27 Oktober 2017
  • Semua mata pelajaran teras termasuk Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
  • Semua murid Tahun Satu hingga Tahun Lima.
Sehubugan dengan itu, semua murid dinasihatkan suoaya membuat ulangkaji mata-mata pelajaran yang dinyatakan di atas.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.